2007-11-14

Sri Bayu Klasik Seafood

After work, aku n my bf makan2 disatu restoran seafood di tengah Taman Bayu Perdana, Klang. Lokasi restoran adalah berhampiran dengan Sekolah Menengah Teknik Klang. Ada trafik light tak jauh tuh dan belok kanan. Restoran nih terletak btol2 tepi jalan.







Konsep restoran nih ala2 klasik. Menggunakan atap rumbia untuk membangkitkan mood. Restoran nih ble menempatkan kapasiti pelanggan melebihi 200 orang dalam satu2 masa.




Oleh kerana kami taknak makan banyak sangat, kami order makanan yang simple je. Menjadi kebiasaan kalau kami masuk tempat makan baru, aku akan tanya apa menu special atau apa yang sedap pada waiter/waitress tuh. Malangnya, kali ni waitress tuh kata ----> "Tak Tahu".


Huhu...so....order apa yang kami nak makan je. Air cuma order air suam je. Tak lama kendian, makanan pun sampai...Jom tengok hasil2nya ;-)


My bf memang teringin nak makan Udang Goreng Petai nih. Portion dia tak la besar mana pun. Tapi harga yang di-caj adalah RM 5.00 sepinggan. Bawang banyak diletakkan, tapi udang tak sampai 15 ekor. Saiz udang pun bukan besar sangat. Kecik je. Rase udang goreng petai nih macam biasa, bau petai tak kuat sangat. Tak puas ati sebab portion dia sikit sangat.







Ikan Kembung Masak Taucu ni penyelamat keadaan. Kalau bergantung dengan Udang Goreng Petai tadi je sebagai lauk, memang TAK CUKUP! Ikan Kembung Masak Taucu ni dimasak dengan cara mengoreng terlebih dahulu ikan kembung, dan taucu dimasak secara berasingan dituang atas ikan goreng tadi. Masakan ni memang sedap. Taucu tak terlalu masin, ikan tak terlalu garing...Memang secukup rasa.. Hoho..








Sayur plak, aku ingat nak order kerabu, tapi waitress tuh tak tau mana satu nak rekemen kat kitaorang, so just amik Tomyam Sayur je. Tomyam nih rase dia biasa2 je. Macam rasa sayur biasa je. Kuah tak banyak, tapi sayur penuh.






Kita tengok bajet kita hari nih:
Nasi putih 2 pinggan = RM 2
Udang Goreng Petai = RM 5.00
Ikan Kembung Taucu = RM 7.00
Tomyam Sayur = RM 3.50
Air Suam 2 gelas = RM 0.40
TOTAL = RM 17.90


Kalau korang nak rase restoran nih, sila2 lah g ke:
Sri Bayu Klasik Seafood,
Taman Bayu Perdana,
41200, Klang, Selangor.

Atau contact:
019 - 284 1030 / 019 - 384 7828

Tiada ulasan: