2007-11-05

Seri Kemuning Restaurant @ Kota Kemuning

It's actually my colleague farewell party. Ada 10 orang yang akan g ke farewell party tuh. N aku sorang je malay. The rest of my colleagues is Chinese. Dorang suruh aku suggest restoran yang sedap. Aku rase jemu ngan restoran yang biasa kitaorang g. Maka....aku suggest satu restoran yang serve Thai + Chinese Style.


Seri Kemuning Restoran terletak di Kota Kemuning. Perjalanan dari ofis kami di Taman Sentosa ke Kota Kemuning lebih kurang 15 minit sahaja.


Restoran ini menyediakan variety pilihan makanan yang dihidang secara Ala carte. Masa aku masuk, aku nampak model masjid dan owner-nya berbangsa Melayu tersenyum ramah memandang kearah kami ;-)


Aku menyerahkan pada yang pakar utk order makanan. Sebelum makan, kami dihidangkan ngan kacang tanah + chinese tea utk membuka selera.


Makanan pun sampai. Wah...nampak menarik! Mari tgk apa yang kami order, amacam?





Hidangan ni nampak cam daging goreng biasa kan? Nama hidangan nih adalah "Deer Meat With Black Pepper". Hehehe...makan daging rusa kita ari ni. Tahniah2 :-P Rase daging sangat segar. Ada sket rase macam daging lembu, tapi sos black pepper mengurangkan bau hanyir biasa yang ada pada daging ini. Terase lembut sehingga ke gigitan terakhir. Wah! Tak rugi order makanan nih. Highly recommended.





Yang ni plak, "Deep Fried Crispy Sotong". Sotong dipotong kecil2. Tepung goreng ranggup digaul dan goreng. Dimakan ngan sos cili atau sos thai yang memang sedap ;-)










Bagi mereka yang tak makan makanan pedas, boleh la try ikan kerapu stim nih. Dalam menu, ia disebut sebagai "Garoupa Siamese Steamboat". Menariknya, ikan nih dimasak separuh terlebih dahulu sebelum dihidangkan pada pelanggan. Sementara nak tunggu masak, bole la makan makanan lain dulu. Aku suka rase ikan nih. Halia yang digunakan tak terlalu banyak, hanya cukup utk membuang bau hanyir ikan. Yang selebihnya adalah natural flavour. Segar btol ikan tuh! 2 thumb up!





Untuk sayur, kami order "Kangkung Goreng Belacan". Ini bukan Kangkung ggoreng Belacan yang biasa2 tau! Bau belacan tuh da cukup memanggil2 kami utk cuba kangkung tuh. Dilengkapkan dengan udang kering, xde sebab nape kita mengatakan "tidak" kepadanya ;-)






Kalau korang suka ayam madu, apa kata kalau try "Honey Chicken" nih? Pasti tidak akan menyesal. Menariknya rase madu tuh meresap sampai kedalam isi ayam! Ayam madu ni agak ranggup diluar, tapi didalam memang nyummy!






Sebagai pencuci mulut, kami order "Seafood Tow Foo". Sesuai ngan cuaca sekarang yang agak suam2, pencuci mulut yang panas nih memang dimakan. Tow Foo didalam memang cepat je cair dalam mulut. :-)


Soal harga, aku tak ble komen banyak2. Tapi 10 orang makan, jumlah RM 166.78 which mean, sorang lebih kurang RM 17.00 la kan?


Waaa...makan ramai2 bayar kurang :-P

6 ulasan:

..tora aziz.. berkata...

nak alamat! nak alamat!!!

Love2Eat berkata...

Jap eh...

Seri Kemuning Sdn Bhd
Lot 1937, A1
Batu 7, Bukit Kemuning,
Kampung Jawa, Klang.

On the way jalan g Sri Muda dari Bandar Klang :-)

Unknown berkata...

ewhh..murah nyer... nnt nak g la...:x

Mr. Zulfadli berkata...

hmm.. da perasan kt mana ;-) da kerap lalu ikut kemuning tu hehe..

Love2Eat berkata...

To Putra Charm:

G la...best tau ;-) U'll like it! Try gak seafood dia...bamboo or lala chilies. Da penah try, sedap!

Love2Eat berkata...

To Zul:

Heheh...bila nak belanja :-P