2007-11-09

Nasi Ayam Mancongkam

Sebut je Nasi Ayam, kita akan terbayang nasi yang dihidang dengan sup kosong berlaukkan ayam bakar diserikan dengan kicap manis + sos cair cili hidup berulamkan daun salad. Mana2 tempat pun, cara hidangan-nya tetap sama.

Kalau korang g Gombak, Nasi Ayam Mancongkam sangat terkenal disini dengan hidangan nasi ayam yang bole dikatakan best. Hoho...since aku tak penah rasa Nasi Ayam kedai ni, bf aku membawa aku ke salah satu cawangan kedai makan ini yang terletak di Sesyen 7, Shah Alam. Cawangan nih baru dibukak. Dalam bulan 7 ari tuh...






Kalau korang tgk nama "Mancongkam" ni maksudnya "Mencengkam" dalam erti lain kaw kaw melikau lah. Hoho...Bf aku kata perkataan tuh dari Negeri Sembilan, hoho...peduli apa kan? :-P Makan jela...jangan segan2 ngan orang Negeri Sembilan :-P Nasi Ayam Mancongkam ni terletak sederet ngan Khulafa' mamak stall tuh. Lokasi kedai terletak di main road. Bole nampak dari jalan besar.

Main menu kat kedai ni, ofkoz la nasi ayam. Aku order Nasi Ayam Garing dan my bf Nasi Ayam Biasa.

Servis kat sini biasa-biasa je. Tak lambat dan tak jugak cepat.







Ini adalah Nasi Ayam biasa yang bf aku order. Nasi rasa macam biasa, dihidangkan dengan ayam bakar. Sambal tuh kami share sbb diaorang bagi satu mangkuk je. Hoho...tapi sambal tuh tak terlalu pedas. Standard rasa utk nasi ayam je la.







Sup kosong yang dihidangkan nih, diserikan dengan cili padi yang dipotong nipis2. Ada sedikit kelainan disitu. Aku sangat suka sbb aku memang suka cili2 nih :-)






Utk Nasi Ayam Garing pulak, nasi + sup sama, cuma ayam digoreng garing. Aku suka ayam goreng garing nih. Rasa perapan tuh sampai ke dalam tulang. Tulang2 tuh pun sedap dimakan, hoho...


Aku rekeman Nasi Ayam Garing nih utk korang sumer.


Bajet hari ni:
Nasi Ayam Biasa : RM 3.50
Nasi Goreng Garing : RM 3.80
Air jus mangga : RM 1.80
Air limau nipis suam : RM 1.50
Total = RM 10.60 sahaja

Selamat mencuba ;-)

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

me mintak izin link ke sini..