10 - 15 ekor Udang bersaiz besar
2 biji cili padi (boleh ditambah mengikut selera anda)
Satu sudu sos tiram
Garam secukup rasa
4 sudu kecil Serbuk kari
Minyak utk menggoreng
Udang adalah makanan laut yang sedap dihidangkan semasa segar. Tetapi bagaimana jika udang yang dibeli tidak berapa segar?
Seorang kawan memberi udang bersaiz besar yang dipancing oleh ayahnya dilaut. Tetapi aku tidak berkesempatan utk memasaknya sehinggalah Sabtu lepas dimana selepas seminggu aku dapat udang tuh. Maka aku mencipta resepi ini....Udang Goreng Cili Padi.
Mula2...keluarkan isi udang tanpa menjejaskan kulit asal udang tersebut. Mcmana nak keluarkan??? Hmm...keluarkan dari bahagian dalam perut.
Kemudian, campurkan isi udang tadi dengan 2 biji cili padi (boleh ditambah mengikut selera anda) + sos tiram + sedikit garam + serbuk kari. Bahan2 ini dikisar dengan menggunakan pengisar kering sehingga sebati.
Sumbatkan isi tadi kedalam kulit udang tadi semula. Haaaaaaaaa...nampak tak gambar nih? Nampak sedap? Hehehehe...tunggguuuuuuuuuuu...blm siap lagi...
Goreng dengan kuantiti minyak yang sepadan. Untuk menambahkan wangi, anda ble koyak2kan daun kunyit utk menambahkan wangi udang. Goreng sehingga masak.
Dan inilah hasilnya....nampak sedapkan kan? Apelagi? Makan je la ;-)
Selamat mencuba ;-)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan