2007-11-12

Yik Mun - The Famous Tanjung Malim Pau

Jumaat minggu lepas, masa meeting kat office, bos aku makan pau kacang. Nampak cam sedap je. Tapi dorang beli kat restoran cina depan office. Huhu...memang tak dijamin tahap halal pau tuh kan?

Perjalanan ke Kuala Kubu Bharu semalam melalui pekan Tanjung Malim, dimana terletaknya, satu restoran yang menjual pau yang sangat terkenal disini. Nama kedai tersebut adalah Yik Mun - The Famous Tanjung Malim Pau.




Terletak dipersimpangan ke UPSI, Restoran nih bertema ala2 kopitiam.
Jangan risau ngan tahap ke-halal-an pau nih...sebab...ia ditanggung halal :-)





Aku memilih untuk mencuba pau ayam dan pau daging. Harga yang ditawarkan amat berpatutan iaitu RM 1.60 sebiji. Bagi pau kaya plak, cuma RM 1.00.



Masa utk merasa kesedapan pau yang terkenal ini. Tengokla inti yang ada kat dalam nih...nampak sedap kan?




Pau ni sangat lembut. Cepat cair dalam mulut. Lebih sedap dimakan semasa panas. Cubalah...rasakan kesedapannya dimulut anda...nyum2...

Tiada ulasan: