2008-04-07

Delifrance Bistro

Mari cuba Deli France Bistro yang terletak di pusat2 membeli belah sekitar Lembah Klang. Aku nak cuba...dengar2 ada promotion.
Seperti biasa, aku order makanan yang tak pernah aku cuba iaitu:




Ayam Arabiata
Ayam dipanggang dengan sedikit herba. Takde bau wangi.
Kuah yang anda tengok tuh adalah Kuah tomato.
Bau tomato agak kuat dan tidak pedas.







Spageti bersama daging kambing dicincang
Daging kambing cincang dimasak bersama lada hitam.
Kuah agak berminyak. Spageti kurang masak.



Kentang goreng
Dihidangkan bersama sos salsa.
Kentang raggup dan digoreng garing, cuma lebih sesuai dihidangkan bersama sos cili.



Desert
Ais Krim bersama kek buah.
Kek buah sesuai dihidangkan dengan aiskrim. Aiskrim kurang manis, dan kek buah agak manis. Minuman ringan F.O.C

Harga keseluruhan adalah RM 40
Air dan deserts F.O.C

Kebersihan: 4 bintang
Makanan: 2 bintang
Servis: 4 bintang