Walaupun hidangan yang popular disini adalah makanan tempatan, susun letak dan perabot utuk restoran nih bercirikan konsep moden. Dan makanan utamanya adalah tentunya Asam Pedas.
Ini adalah Asam Pedas Istimewa. Menunya memang vogue. Ada Sotong, Udang, Fish Fillet dengan Bendi, Tomato dan Terung. Tapi sungguh mengecewakan apabila, hidangan tuh dalam kuantiti sedikit. Ada 3 ekor udang kecil, sotong ada laaa dalam 3-4 keping, fish fillet ada 2 keping je dan sayur2an yang tak banyak. Gambar yang aku amik ni bukan la selepas makan, tapi semasa hidangan tuh sampai. Harga RM 25.00 tuh langsung tak berbaloi ngan kuantiti hidangan yang terlalu sedikit. Kuahnya agak kurang rase. Tawar, rase masamnya tak terase.
Bintang untuk hidangan ini adalah 3 bintang.
Kami try Salad Tempatan Campuran (Assorted Local Salad). Ulam2an je rupanya. Kat tengah tuh adalah Sambal Belacan. Sambal Belacan disediakan dengan menggunakan cili besar dan juda belacan. Rase biasa2 je...tak terlalu pedas. Ulam2 yang ada ulam biasa seperti timun, tomato dan kubis.
Bintang untuk hidangan ini adalah 2 bintang.
Apepun, pembuka selera tidak mengecewakan. Bubur kacang nih sangat sedap. Rase lemak santan mencukupi. Rase sangat segar. Aku yang tak suka makan benda manis, rase sangat teruja apabila makan bubur kacang dengan rase yang begitu. Bau wangi santan juga mengamit selera.
Bintang untuk hidangan ini adalah 4 bintang.
Kami order Teh Ais Limau sebagai penghilang dahaga.
Mari tgk kos kita hari ini:
Asam Pedas Istimewa = RM 25.00 (kecil)
Assorted Local Salad = RM 2.00
Bubur kacang = RM 4.00
Teh Ais Limau = RM 10.00 (satu RM 5)
Plus 5% tax = RM 2.05
Plus 10% Service Charge = RM 4.10
Grand Total = RM 47.15
Asam Pedas @ The Curve nih dibuka 10am - 111pm (hari biasa) dan 10am - 12am (Friday dan Saturday).
Sebarang pertanyaan telefon lah di : 03 - 7843 1111
Tiada ulasan:
Catat Ulasan