2007-12-12

Restoran Raihan Nasi Kandar @ Shah Alam

Nasi Kandar? Apa yang special sangat sampai ramai orang beratur nak beli Nasi Kandar Raihan ni. Kata original dari Pulau Pinang. Moh kita try!





Kalau tgk lokasi restoran ni, memang tak sangka yang restoran ni akan dikunjungi ramai. Apa tidaknya, terletak ditengah2 kawasan perindustrian. Keliling banyak bengkel kereta dan lot2 ofis. Aku mula beranggapan yang mungkin tiada pesaing menyebabkan ramai orang makan di restoran ini.


Apepun, aku order Nasi Kandar biasa. Memang main menu adalah Nasi Kandar. Lauk bermacam dan banyak pilihan. Oleh kerana tidak terlalu lapar, aku order Nasi Kandar Biasa dan air 100 Plus.



Tiada yang luar biasa dalam hidangan ini. Kuah kari sikit + sejenis kuah warna hitam...yang kuah hitam ni, aku tak penah nampak. Sayur taugeh sebagai pelengkap rasa. Oleh kerana takde lauk, aku order ayam goreng.
Mari makan dulu! Wah...memang sedap Nasi Kandar Raihan nih. Ape yang best, kuah hitam tuh. Ada rase spices...nyum2. Taugeh adalah sayur yang tak sesuai diletak dalam Nasi Kandar nih. Mayb next time ble digantikan dengan sayur kacang.
Rating = 4* (I hate the "taugeh"!!!!)

Kita tgk bajet kita ari ni:
Nasi Kandar biasa + ayam goreng = RM 6.00
100 Plus = RM 1.50
TOTAL = RM 7.50

Kalau korang nak g Nasi Kandar Raihan nih, ape kata kalau g ke alamat:
Restoran Nasi Kandar Raihan - Asli Pulau Pinang,
5, Jalan PenggawaU1/75, Batu 3,
Light Industrial Park,
40150, Shah Alam, Selangor.

Tiada ulasan: