2007-12-13

LEMON Restaurant @ Mines Shopping Fair

Aku teringin nak rasa makanan kat Lemon Restaurant sejak restoran ni di buka beberapa bulan lepas. Tapi baru Ahad lepas aku berpeluang nak merasa makanan di restoran tersebut. Kebetulan aku g shopping + tengok wayang kat Mines.




Pintu masuk restoran.

Pengasas restoran nih adalah orang seni yang tak asing lagi dinegara kita iaitu David Teo. Aku search kat net komen masakan restoran ini, malangnya agak susah nak cari. Jadi apa kata kalau aku jadi orang pertama atau mungkin kedua ketiga keempat yang komen masakan kat Lemon Restaurant =D






Keretan Akhbar tentang Lemon Restaurant



Aku suka tema kaler dan susun letak perabot kat Lemon Restaurant nih. Ijau pucuk pisang dan kuning, sangat cute. Heheh...








Logo LEMON kat tengah2 restoran pun chantek. Heheh...

Harga makanan pun berpatutan.


Tengok apa aku order =)

Kam Hung Squid ;)
Kam Hung Squid adalah masakan cina. Kam Hung adalah sejenis masakan yang menggunakan cili giling dicampur dengan udang kering dan dilengkapkan dengan bawang merah dan putih. Sedikit belacan ditambah untuk mewangikan bau hidangan. Rasa Kan Hung Squid pedas sedikit. Apepun kepedasannya tidak terase sangat...secukup rasa. Jadi bagi mereka yang tak mengemari pedas, Kam Hung Squid ini masih sesuai dimakan. Bau belacan ditambah dengan bawang merah setengah masak, rasa tidak mahu berhenti mengunyah.
Rating untuk Kam Hung Squid = 4.5*
Claypot Chicken With Salted Fish
Lauk kedua adalah Claypot Chicken With Salted Fish atau terjemahannya Ayam Dalam Bekas Tembikar dengan Ikan Masin. Aku nak try sebab selama ni, aku tak pernah cuba. Aku puji hidangan ni. Bau ikan masin tak terlalu kuat. Tak masin. Rasa meresap sampai dalam daging ayam.
Rating untuk Claypot Chicken with Salted Fish = 4.5*
Tomyam Beef
Untuk sup, my bf nak cuba tomyam. Kami da banyak kali makan tomyam ditempat lain, jadi nak try hari ini. Kami order Tomyam Daging. Kuah tomyam sedap walau ada sedikit pekat. Sayur seperti putik jagung diletakkan didalam tomyam. Daun limau purut sebagai penaik bau dihiris nipis2. Walau isi tomyam tak banyak, tak mengapa sebab sotong dan ayam dan cukup untuk kami berdua.
Rating untuk Tomyam Daging = 4*
Sebagai penghilang dahaga, kami order Lemon Coke.
Lemon Coke
Bajet hari ini:
Kam Hung Squid = RM 16.00
Claypot Chicken with Salted Fish = RM 15.00
Tomyam Beef = RM 10.00
Chinese Tea = RM 1.00
Lemon Coke = RM 3.00
Steamed Rice = RM 2.00
Service Charge = RM 4.70
Gov Tax 5% = RM 2.35
TOTAL = RM 54.05
Untuk pengetahuan korang, Lemon Restaurant nih ada 3 cawangan so far.
Alamat di Mines Shopping Fair:
G-CQ3 Mines Shopping Fair,
43300, Seri Kembangan,
Selangor Darul ehsan.
Tel: 03 - 8943 5399
Alamat di Kajang:
G8 & 9, Metropoint Complex,
43000, Kajang
Selangor Darul Ehsan.
Tel: 03 - 8737 4023

Tiada ulasan: