2008-02-04

Aroma Ikan Bakar @ Pantai Jeram

Lepas jalan2 kat Bukit Melawati @ Kuala Selangor, aku g makan kat Pantai Jeram. Terletak tak jauh dari Shah Alam dan Klang, kepuasan makan di tepi pantai adalah menjadikan keutamaan.
Memula berbelah bagi nak makan kat mana sebab ada 2 Restoran kat situ. Muara Ikan Bakar dan Aroma Ikan Bakar. Muara Ikan Bakar, aku da penah makan. Banyak choice cuma rasa makanan so-so je =P Jadi kami buat keputusan untuk makan kat restoran satu lagi iaitu Aroma Ikan Bakar. Kali pertama cuba nih, ntah sedap ke tak...
Restoran ni dibuka pada pukul 5 petang sehingga malam. Aku antara pelanggan terawal datang dan memilih meja open air yang berdekatan dengan laut. Memang "sea - view" lah! Sebelum tuh kami memilih makanan laut untuk dimasak hari nih =)
Untuk penghilang dahaga akibat cuaca yang panas membara semalam, aku memesan Air Tembikai, dan bakal suami aku memesan Air Laici. Kenapa besar? Sebab kami pesan gelas besar =P Heheh...tak mahal, cuma RM 1.80 setiap satu.
Tak lama tuh, hidangan pertama pun sampai. Kerang bakar. Dihidangkan dengan sos istimewa yang ada sket rasa masam. Kerang pun tak "over cook", ngam2 masak...aku sangat suka =)
Hampir separuh kerang kami makan, sumer lauk tadi sampai, hehehe....jangan mare eh? Sila tengok apa yang kami order =)




Kerang Goreng Kunyit =)





Siakap Tiga Rasa

Kailan Ikan Masin

Dan macam biasa Sambal belacan. Aku puji Ketam Goreng Kunyit. Goreng cukup masak tapi tidak terlalu garing. Rase kemanisan isi ketam tidak kurang. Siakap Tiga Rasa dimasak dengan mengoreng terlebih dahulu Ikan Siakap tersebut dan sos tiga rasa dituang selepas itu =)

Kepuasan = 4.5 Bintang

Kebersihan = 4 bintang

Kemudahan = 5 bintang

Kalau nak pergi restoran nih, bole la refer alamat dibawah:

Aroma Ikan Bakar,

Jalan Jati, Pantai Jeram

45800, Jeram, Selangor.

Tel: 017 - 316 3117

Cuti Tahun Baru Cina aku akan berkunjung ke Tganu. Nanti aku stop makan kat mana2 eh? Daa

Tiada ulasan: