Kalau anda mencari masakan Cina yang halal, anda bolehlah cuba Panmour Villa. Di Tingkat Satu, terdapat restoran Cina yang halal. Panmour Villa terletak di Pandamaran, Port Klang. Kalau ambil jalan dari Bayu Perdana, memang senang nak pergi.
Semasa Tahun Baru China yang lepas, aku dan staff berbangsa Cina di pejabat aku, telah pergi kesana untuk menikmati kelazatan makanan Cina.
Kami mengambil set yang terdiri dari:
1. Rainbow Yee Sang (Yee Sang Pelangi)
Terdiri dari sayur2an dan biskut yang dihidangkan bersama kuah asam jawa dan madu. Semasa menghidangkan makanan nih, kita akan mencampurkannya bersama2 sebagai tanda permulaan tahun baru yang lebih baik disamping mengucapkan kata2 nasehat kepada mereka yang lain.
2. Braised Meat Shark's Fin Soup with Crab
Walaupun nama Shark's Fin Soup, ia cumalah isi ketam. Shark fin bukan murah kan? Hmmm....ada sedikit melekit, mengingatkan aku tentang pengat pisang, hehe...
3. Szchuan Style Steamed Fish
Ikan Siakap dimasak ala2 asam pedas. Rase asam tak ketara sangat disesuaikan dengan rase manis ikan. Aku sangat suka =P
4. Boneless Mango Chicken
Isi ayam digoreng garing dengan tepung terlebih dahulu dan kuah dituangkan keatasnya.
5. Baked Prawn with Oat Meal
Sangat sesuai dimakan semasa panas. Udang diperam dengan garam dan kunyit seterusnya dibakar dalam ketuhar bersama bijirin. Rasa udang sedikit tawar.
6. Mixed Vegetable with Oyster
Dimasak stim dan sos tiram dituang sebelum digaul rata.
7. Yong Chew Fried Rice
Nasi goreng yang dimasak dengan udang yang telah dibuang kulit dan sedikit isi ayam.
8. Seacoconut with Longan (Kelapa Laut dengan buah Longan)
Sebagai pencuci mulut.
Harga makanan adalah RM 389 sesuai untuk 10 orang makan per meja.
Alamat:
Panmour Villa SB
78, Lebuh Turi
Tmn Chi Liung, 41200, Klang.
Tel: 03 - 3371 9399
Makanan: 3.5 bintang
Kebersihan: 3.5 bintang
Servis: 3 bintang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan