Aku bersama 4 orang yang lain, berkunjung ke Nyonya Kitchen untuk merasakan kelazatan masakan nyonya. Orang kata masakan nyonya nih banyak yang masam2, ye ke?
Order untuk 5 orang tak sama macam makan untuk 2 orang. Rasa lain je...tapi xpe, kita tengok apa yang kami order.
1. Ikan stim Halia
Ikan Kerapu potong dimasak stim. Halia ditumbuk lumat.
Ikan Kerapu potong dimasak stim. Halia ditumbuk lumat.
Ada sedikit rasa pedas.
Sesuai untuk mereka yang mengemari makanan ringan.
Sesuai untuk mereka yang mengemari makanan ringan.
2. Udang Goreng Rempah
Udang digaul dengan serbuk cili dan beberapa herba lain.
Digoreng wangi...
Udang digaul dengan serbuk cili dan beberapa herba lain.
Digoreng wangi...
3. Asparagus Goreng Sambal.
Asparagus dibersihkan dan dipotong sepanjang lebih kurang 3cm.
Asparagus dibersihkan dan dipotong sepanjang lebih kurang 3cm.
Digoreng dengan sedikit cili giling dan udang kering.
Ada bau wangi belacan. Sesetengah orang tidak mengemari
asparagus kerana ada sedikit rasa pahit.
4. Kerabu Mangga
Mangga diracik halus, dicampurkan dengan bawang merah hiris,
Ikan bilis goreng dan kacang tanah.
Rasa mangga sangat segar dan sesuai dimakan begitu sahaja.
Rasa mangga sangat segar dan sesuai dimakan begitu sahaja.
5. Telur Dadar
Telur dikocak bersama hirisan bawang merah,
cili merah dan sedikit garam. Digoreng sehingga masak.
cili merah dan sedikit garam. Digoreng sehingga masak.
6. Penghilang dahaga.
Dari kiri: Jus Oren, Jus Lobak, Jus Epal dan Jus Tembikai. Gambar bawah cendol.
Dari kiri: Jus Oren, Jus Lobak, Jus Epal dan Jus Tembikai. Gambar bawah cendol.
7. Buah - buahan sebagai pencuci mulut.
Jumlah Keseluruhan:
Ikan Stim Halia (biasa) = RM 22.00
Udang Goreng Rempah (biasa) = RM 20.50
Asparagus Goreng Sambal (biasa) = RM 8.80
Kerabu Mangga (biasa) = RM 5.80
Telur dadar (biasa) = RM 6.50
Nasi Putih untuk 5 orang = RM 6.00
Jus Epal = RM 3.80
Jus Tembikai = RM 3.80
Jus Lobak = RM 3.80
Jus Oren = RM 2.80
+ Service caj & Gov tax = RM 94.16
Rating makanan: 3 bintang
Rating servis: 2 bintang (hampir sejam tunggu makanan siap)
Rating kebersihan: 3 bintang
Alamat Restoran:
Nyonya Kitchen & Caterers S/B,
No 220 & 222 Jln Batu Unjur 7
Tmn Bayu Perdana
41200, Klang.
No Tel: 03 - 3324 1151
Tiada ulasan:
Catat Ulasan