2008-04-07

Delifrance Bistro

Mari cuba Deli France Bistro yang terletak di pusat2 membeli belah sekitar Lembah Klang. Aku nak cuba...dengar2 ada promotion.
Seperti biasa, aku order makanan yang tak pernah aku cuba iaitu:




Ayam Arabiata
Ayam dipanggang dengan sedikit herba. Takde bau wangi.
Kuah yang anda tengok tuh adalah Kuah tomato.
Bau tomato agak kuat dan tidak pedas.







Spageti bersama daging kambing dicincang
Daging kambing cincang dimasak bersama lada hitam.
Kuah agak berminyak. Spageti kurang masak.



Kentang goreng
Dihidangkan bersama sos salsa.
Kentang raggup dan digoreng garing, cuma lebih sesuai dihidangkan bersama sos cili.



Desert
Ais Krim bersama kek buah.
Kek buah sesuai dihidangkan dengan aiskrim. Aiskrim kurang manis, dan kek buah agak manis. Minuman ringan F.O.C

Harga keseluruhan adalah RM 40
Air dan deserts F.O.C

Kebersihan: 4 bintang
Makanan: 2 bintang
Servis: 4 bintang

2008-03-17

Bukhara @ Suria KLCC

Nak try makanan Lebanese? Mari cuba di Restoran Bukhara terletak di Tingkat 2 bangunan Suria KLCC. Nak lebih tepat lagi terletak ngam2 atas Dome.
Kenapa aku nak cuba makanan Lebanese? Pertama, orang kata daging bakar adalah yang terbaik di bandar ini. Kedua, kebetulan ada orang rekemen tempat ni.

Buat pengetahuan korang, nak makan kat sini, bajet nya agak tinggi, tapi dengan kepuasan yang diberikan, berbaloi rasanya.

Aku order makanan yang di cadangkan oleh pelayan.

Sebagai pembuka selera, Fatoush Salad sangat sesuai. Sayur-sayuran seperti salad kubis, cili benggala, tomato di potong dan digaul dengan rempah istimewa daripada Lubnan. Ada sedikit rasa masam, sangat sesuai dihidangkan dengan cili benggala tadi. Portion makanan ini sesuai untuk 2 orang.




Mixed Grill ni pulak terdiri daripada daging ayam + kambing dan lembu yang dipanggang masak sepenuhnya. Rasa ketiga2 jenis daging panggang ini sangat segar dan dihidangkan dengan sejenis sos yang pada mulanya aku sangka mayonis. Rasanya sedikit masam, dan berwarna putih. Mungkin mayonis istimewa daripada Lubnan. Potions hidangan ini sesuai untuk 2-3 orang.



BBQ Chicken pula adalah Daging Ayam yang dipanggang. Dihidangkan dengan sos tomato yang agak manis, aku jatuh cinta dengan hidangan ini. Ayam dipanggang masak tanpa menjejaskan rasa sebenar ayam. Kentang putar yang dihidang bersama agak lembut dan ada rasa cheese didalam.



Untuk penghilang dahaga, aku order Mocktail Fawake yang terdiri daripada Jus Mangga + Tembikai dan Nenas yang digabungkan dalam satu gelas. Dan as usual, my bf order Ice Lemon Tea.

Kita tengok bajet hari ini:

Fatoush Salad = RM 14.00
BBQ Chicken = RM 28.00
Mixed Grill = RM 45.00
Ice Lemon Tea = RM 7.50
Mocktail Fawake = RM 13.00
Sevice Charge 10% = RM 9.14
Tax = RM 4.57
(-) 15% discount = RM16.13
Grand Total = RM 105.08

Service = Rating 5*
Kebersihan = Rating 4.5*
Makanan = Rating 5*

2008-02-29

Nyonya Kitchen

Mari makan beramai2...Nyonya Kitchen ada banyak cawangan diseluruh Malaysia dan diiktiraf sebagai restoran halal dengan adanya sijil halal.

Aku bersama 4 orang yang lain, berkunjung ke Nyonya Kitchen untuk merasakan kelazatan masakan nyonya. Orang kata masakan nyonya nih banyak yang masam2, ye ke?

Order untuk 5 orang tak sama macam makan untuk 2 orang. Rasa lain je...tapi xpe, kita tengok apa yang kami order.

1. Ikan stim Halia
Ikan Kerapu potong dimasak stim. Halia ditumbuk lumat.
Ada sedikit rasa pedas.
Sesuai untuk mereka yang mengemari makanan ringan.







2. Udang Goreng Rempah
Udang digaul dengan serbuk cili dan beberapa herba lain.
Digoreng wangi...







3. Asparagus Goreng Sambal.
Asparagus dibersihkan dan dipotong sepanjang lebih kurang 3cm.
Digoreng dengan sedikit cili giling dan udang kering.
Ada bau wangi belacan. Sesetengah orang tidak mengemari
asparagus kerana ada sedikit rasa pahit.





4. Kerabu Mangga
Mangga diracik halus, dicampurkan dengan bawang merah hiris,
Ikan bilis goreng dan kacang tanah.
Rasa mangga sangat segar dan sesuai dimakan begitu sahaja.




5. Telur Dadar
Telur dikocak bersama hirisan bawang merah,
cili merah dan sedikit garam. Digoreng sehingga masak.






6. Penghilang dahaga.
Dari kiri: Jus Oren, Jus Lobak, Jus Epal dan Jus Tembikai. Gambar bawah cendol.








7. Buah - buahan sebagai pencuci mulut.





Jumlah Keseluruhan:
Ikan Stim Halia (biasa) = RM 22.00
Udang Goreng Rempah (biasa) = RM 20.50
Asparagus Goreng Sambal (biasa) = RM 8.80
Kerabu Mangga (biasa) = RM 5.80
Telur dadar (biasa) = RM 6.50
Nasi Putih untuk 5 orang = RM 6.00
Jus Epal = RM 3.80
Jus Tembikai = RM 3.80
Jus Lobak = RM 3.80
Jus Oren = RM 2.80
+ Service caj & Gov tax = RM 94.16

Rating makanan: 3 bintang
Rating servis: 2 bintang (hampir sejam tunggu makanan siap)
Rating kebersihan: 3 bintang

Alamat Restoran:
Nyonya Kitchen & Caterers S/B,
No 220 & 222 Jln Batu Unjur 7
Tmn Bayu Perdana
41200, Klang.
No Tel: 03 - 3324 1151

2008-02-19

Panmour Villa @ Pandamaran, Klang

Kalau anda mencari masakan Cina yang halal, anda bolehlah cuba Panmour Villa. Di Tingkat Satu, terdapat restoran Cina yang halal. Panmour Villa terletak di Pandamaran, Port Klang. Kalau ambil jalan dari Bayu Perdana, memang senang nak pergi.

Semasa Tahun Baru China yang lepas, aku dan staff berbangsa Cina di pejabat aku, telah pergi kesana untuk menikmati kelazatan makanan Cina.


Kami mengambil set yang terdiri dari:


1. Rainbow Yee Sang (Yee Sang Pelangi)
Terdiri dari sayur2an dan biskut yang dihidangkan bersama kuah asam jawa dan madu. Semasa menghidangkan makanan nih, kita akan mencampurkannya bersama2 sebagai tanda permulaan tahun baru yang lebih baik disamping mengucapkan kata2 nasehat kepada mereka yang lain.


2. Braised Meat Shark's Fin Soup with Crab
Walaupun nama Shark's Fin Soup, ia cumalah isi ketam. Shark fin bukan murah kan? Hmmm....ada sedikit melekit, mengingatkan aku tentang pengat pisang, hehe...



3. Szchuan Style Steamed Fish
Ikan Siakap dimasak ala2 asam pedas. Rase asam tak ketara sangat disesuaikan dengan rase manis ikan. Aku sangat suka =P




4. Boneless Mango Chicken
Isi ayam digoreng garing dengan tepung terlebih dahulu dan kuah dituangkan keatasnya.




5. Baked Prawn with Oat Meal
Sangat sesuai dimakan semasa panas. Udang diperam dengan garam dan kunyit seterusnya dibakar dalam ketuhar bersama bijirin. Rasa udang sedikit tawar.



6. Mixed Vegetable with Oyster
Dimasak stim dan sos tiram dituang sebelum digaul rata.


7. Yong Chew Fried Rice
Nasi goreng yang dimasak dengan udang yang telah dibuang kulit dan sedikit isi ayam.





8. Seacoconut with Longan (Kelapa Laut dengan buah Longan)
Sebagai pencuci mulut.


Harga makanan adalah RM 389 sesuai untuk 10 orang makan per meja.
Alamat:
Panmour Villa SB
78, Lebuh Turi
Tmn Chi Liung, 41200, Klang.
Tel: 03 - 3371 9399

Makanan: 3.5 bintang
Kebersihan: 3.5 bintang
Servis: 3 bintang

2008-02-18

Canadian Pizza @ TTDI

Abang aku penah belajar kat Canada. Selalu bagitau aku yang piza kat Malaysia nih sumer tak best. Topping tak banyak macam kat Canada.
Bila aku dengar adanya Candian Pizza, aku pun tak sabar nak cuba. Msti bagus, ye tak?
Untuk pengetahuan korang, Canadian Pizza nih ada beberapa cawangan sekitar Selangor dan KL. Alamat akan aku tuliskan dibawah blog ini nanti =)

Aku suka susun letak restoran CP ni. Kemas dan simple. Tak terlalu menyesakkan pemandangan.

Ada Super Value Combo bagi mereka yang bajet dan kali pertama berkunjung ke sini. Aku order Super Value Combo 3 untuk 4-6 Pax. Dalam combo nih ada:


1. 2 Regular Pizza 10".
2. 1 seafood platter.
3. 1 Garlic Bread.
4. 1 1.5L Coke / Sprite.
Pelanggan boleh memilih daripada 13 jenis pizza untuk dipilih iaitu:
1. Hawaiian Classic
- Chicken Toast, Diced Pineapple, Fresh Tomatoes, Mozarella & Edam Cheese.
2. Garden Veggie Supreme
- Onions, Mushrooms, Capsicum, Black Olives, Red Chili, Fresh Tomatoes, Diced Pineapple & Cheese.

3. Chicken Fajitas
- Fajita Spiced Chicken, Onions, Capsicums, Hot Chunky Salsa & Cheese.
4. Mexian Fiesta
- Spiced Lean Ground Beef, Onions, Red Chili, Capsicum, Jalapeno Peppers & Cheese.
5. Seafood Special
- Shrimp, Tuna, Crabstick, Onions, Capsicum, Fresh Tomatoes & Cheese.

6. Canadian Classic
- Shredded Chicken, Chicken Pepperoni, Mushrooms, Fresh Tomatoes, Onions & Cheese.
7. Greek Classic
- Minced Beef, Black Olives, Capsicum, Feta & Mozarella Cheese.

8. Beef / Chicken Pepperoni
Beef / Chicken Pepperoni & Cheese.

9. Hawaiian Lover's
- Spiced Chicken, Mushrooms, Refreshing Pineapple bits, Mozarella cheese.
10. BBQ Chicken Bonanza
- Tender Chicken Breast, Special BBQ Sauce, Onions, Capsicums, Fresh Tomatoes & Cheese.

11. Meat Lover
- Onions, Spiced Minced Beef, Beef Pepperoni, Beef Salami, Chicken Sausage & Cheese.

12. Super Deluxe Cheese (Margherita)
- Mozarella, Cheddar & Edam Cheese.

13. Tandoori Chicken
Spiced Tandoori Chicken, Onions, Mushroom, Fresh Tomatoes & Cheese.

Aku order No 13 dan No 6 sebab aku rase memang kombinasi yang bagus =)
Seafood Platter adalah terdiri dari tempura, fish fillet dan kentang. Ranggup dan sedap dikunyah.
Garlic Bread
Seafood Platter

Kita rase Pizza. Kalau tengok gambar2 nih 2-2 pizza lebih kurang sama. Cuma No 13, agak pedas sedikit. Dengan adanya tomato, aku rase rase pizza nih sangat sedap dan sangat mengenyangkan. Apatah lagi topping atas piza boleh dikatakan tebal dan memuaskan hati =)
No 13 =)
No 6 =)

Anda boleh mengunjungi CP di:
TTDI - 30G, Persiaran Zaaba, TTDI, 60000, KL. Tel - 03 - 77277 241
Sri Hartamas - G-0-4, Plaza Damas, Jalan Sri Hartamas 1, 50480, KL. Tel - 62019241
PJ - No 32, Jln Yong Shook Lin, 46200, PJ. Tel - 03 - 79571241
Subang Jaya - 16, SS15/4D, Subang Jaya. Tel - 03 - 56387 241
Bangsar - 54-1, Jalan Maarof, 1st Floor, Bangsar Baru. Tel - 03 - 22847 241

Harga Combo ini adalah: RM 42.90
Kebersihan: 5 bintang.
Servis: 4 bintan
Makanan: 4 bintang

2008-02-04

Aroma Ikan Bakar @ Pantai Jeram

Lepas jalan2 kat Bukit Melawati @ Kuala Selangor, aku g makan kat Pantai Jeram. Terletak tak jauh dari Shah Alam dan Klang, kepuasan makan di tepi pantai adalah menjadikan keutamaan.
Memula berbelah bagi nak makan kat mana sebab ada 2 Restoran kat situ. Muara Ikan Bakar dan Aroma Ikan Bakar. Muara Ikan Bakar, aku da penah makan. Banyak choice cuma rasa makanan so-so je =P Jadi kami buat keputusan untuk makan kat restoran satu lagi iaitu Aroma Ikan Bakar. Kali pertama cuba nih, ntah sedap ke tak...
Restoran ni dibuka pada pukul 5 petang sehingga malam. Aku antara pelanggan terawal datang dan memilih meja open air yang berdekatan dengan laut. Memang "sea - view" lah! Sebelum tuh kami memilih makanan laut untuk dimasak hari nih =)
Untuk penghilang dahaga akibat cuaca yang panas membara semalam, aku memesan Air Tembikai, dan bakal suami aku memesan Air Laici. Kenapa besar? Sebab kami pesan gelas besar =P Heheh...tak mahal, cuma RM 1.80 setiap satu.
Tak lama tuh, hidangan pertama pun sampai. Kerang bakar. Dihidangkan dengan sos istimewa yang ada sket rasa masam. Kerang pun tak "over cook", ngam2 masak...aku sangat suka =)
Hampir separuh kerang kami makan, sumer lauk tadi sampai, hehehe....jangan mare eh? Sila tengok apa yang kami order =)




Kerang Goreng Kunyit =)





Siakap Tiga Rasa

Kailan Ikan Masin

Dan macam biasa Sambal belacan. Aku puji Ketam Goreng Kunyit. Goreng cukup masak tapi tidak terlalu garing. Rase kemanisan isi ketam tidak kurang. Siakap Tiga Rasa dimasak dengan mengoreng terlebih dahulu Ikan Siakap tersebut dan sos tiga rasa dituang selepas itu =)

Kepuasan = 4.5 Bintang

Kebersihan = 4 bintang

Kemudahan = 5 bintang

Kalau nak pergi restoran nih, bole la refer alamat dibawah:

Aroma Ikan Bakar,

Jalan Jati, Pantai Jeram

45800, Jeram, Selangor.

Tel: 017 - 316 3117

Cuti Tahun Baru Cina aku akan berkunjung ke Tganu. Nanti aku stop makan kat mana2 eh? Daa