2007-12-13

LEMON Restaurant @ Mines Shopping Fair

Aku teringin nak rasa makanan kat Lemon Restaurant sejak restoran ni di buka beberapa bulan lepas. Tapi baru Ahad lepas aku berpeluang nak merasa makanan di restoran tersebut. Kebetulan aku g shopping + tengok wayang kat Mines.




Pintu masuk restoran.

Pengasas restoran nih adalah orang seni yang tak asing lagi dinegara kita iaitu David Teo. Aku search kat net komen masakan restoran ini, malangnya agak susah nak cari. Jadi apa kata kalau aku jadi orang pertama atau mungkin kedua ketiga keempat yang komen masakan kat Lemon Restaurant =D






Keretan Akhbar tentang Lemon Restaurant



Aku suka tema kaler dan susun letak perabot kat Lemon Restaurant nih. Ijau pucuk pisang dan kuning, sangat cute. Heheh...








Logo LEMON kat tengah2 restoran pun chantek. Heheh...

Harga makanan pun berpatutan.


Tengok apa aku order =)

Kam Hung Squid ;)
Kam Hung Squid adalah masakan cina. Kam Hung adalah sejenis masakan yang menggunakan cili giling dicampur dengan udang kering dan dilengkapkan dengan bawang merah dan putih. Sedikit belacan ditambah untuk mewangikan bau hidangan. Rasa Kan Hung Squid pedas sedikit. Apepun kepedasannya tidak terase sangat...secukup rasa. Jadi bagi mereka yang tak mengemari pedas, Kam Hung Squid ini masih sesuai dimakan. Bau belacan ditambah dengan bawang merah setengah masak, rasa tidak mahu berhenti mengunyah.
Rating untuk Kam Hung Squid = 4.5*
Claypot Chicken With Salted Fish
Lauk kedua adalah Claypot Chicken With Salted Fish atau terjemahannya Ayam Dalam Bekas Tembikar dengan Ikan Masin. Aku nak try sebab selama ni, aku tak pernah cuba. Aku puji hidangan ni. Bau ikan masin tak terlalu kuat. Tak masin. Rasa meresap sampai dalam daging ayam.
Rating untuk Claypot Chicken with Salted Fish = 4.5*
Tomyam Beef
Untuk sup, my bf nak cuba tomyam. Kami da banyak kali makan tomyam ditempat lain, jadi nak try hari ini. Kami order Tomyam Daging. Kuah tomyam sedap walau ada sedikit pekat. Sayur seperti putik jagung diletakkan didalam tomyam. Daun limau purut sebagai penaik bau dihiris nipis2. Walau isi tomyam tak banyak, tak mengapa sebab sotong dan ayam dan cukup untuk kami berdua.
Rating untuk Tomyam Daging = 4*
Sebagai penghilang dahaga, kami order Lemon Coke.
Lemon Coke
Bajet hari ini:
Kam Hung Squid = RM 16.00
Claypot Chicken with Salted Fish = RM 15.00
Tomyam Beef = RM 10.00
Chinese Tea = RM 1.00
Lemon Coke = RM 3.00
Steamed Rice = RM 2.00
Service Charge = RM 4.70
Gov Tax 5% = RM 2.35
TOTAL = RM 54.05
Untuk pengetahuan korang, Lemon Restaurant nih ada 3 cawangan so far.
Alamat di Mines Shopping Fair:
G-CQ3 Mines Shopping Fair,
43300, Seri Kembangan,
Selangor Darul ehsan.
Tel: 03 - 8943 5399
Alamat di Kajang:
G8 & 9, Metropoint Complex,
43000, Kajang
Selangor Darul Ehsan.
Tel: 03 - 8737 4023

Kedai Kopi Cik Kiah @ Kajang

Jalan2 kat Kajang sambil beli barang, terase lapar. Waktu menunjukkan pukul hampir sepuluh pagi. Masih terlalu awal untuk makan tengahari.


Jalan punya jalan, aku ternampak satu kedai makan nih. Kedai Kopi Cik Kiah. Lokasi sebenarnya di Taman Prima Saujana. Konsep makan2 kat kedai nih adalah masakan kampung.








Masuk je kedai nih, nampak Nasi Kerabu dekat kaunter pilihan makanan. Apepun, aku nak makan simple je. Roti Canai takde, tapi tuan kedai yang peramah, rekemen Roti Arab. Honestly, aku banyak kali dengar, tapi tak pernah cuba. Jadi aku order 2 Roti Arab dan air suam.







Sambil tunggu Roti tuh siap, boifren aku amik la gambar kaunter makanan tuh. Banyak pilihan...Bole la korang makan tengahari kat situ.








Roti Arab yang lembut dan mengenyangkan ;)








So kengkawan, ini lah Roti Arab. Roti ni dimakan dengan Kari Ayam atau Kari Daging. Sayangnya, kat kedai nih, kuah kosong je dihidangkan. Jadi aku ambik sepiring daging (kuah tak amik sangat) untuk melengkapkan rasa.









Must try kari daging nih, dagingnya sangat lembut.



Rasa Roti Arab ni macam roti yang korang makan kat bakery cuma lainnya roti kat sini lembut. Aku makan separuh da terase kenyang. My bf pun da kenyang. Tersangat kenyang sampai makan tengahari pada masa minum petang. Hoho...

Bajet kita hari ni:
Roti Arab @ RM1.80 sebiji = RM 3.60
Air Suam @ RM 0.20 segelas = RM 0.40
Kari Daging = RM 2.00
TOTAL = RM 6.00


Kalau nak g kedai nih:
Kedai Kopi Cik Kiah
Jalan Prima Saujana 1/1A,
Seksyen 1, Tmn Prima Saujana,
43000, Kajang, Selangor.
(sederet dengan Standard Chartered)

2007-12-12

Restoran Raihan Nasi Kandar @ Shah Alam

Nasi Kandar? Apa yang special sangat sampai ramai orang beratur nak beli Nasi Kandar Raihan ni. Kata original dari Pulau Pinang. Moh kita try!





Kalau tgk lokasi restoran ni, memang tak sangka yang restoran ni akan dikunjungi ramai. Apa tidaknya, terletak ditengah2 kawasan perindustrian. Keliling banyak bengkel kereta dan lot2 ofis. Aku mula beranggapan yang mungkin tiada pesaing menyebabkan ramai orang makan di restoran ini.


Apepun, aku order Nasi Kandar biasa. Memang main menu adalah Nasi Kandar. Lauk bermacam dan banyak pilihan. Oleh kerana tidak terlalu lapar, aku order Nasi Kandar Biasa dan air 100 Plus.



Tiada yang luar biasa dalam hidangan ini. Kuah kari sikit + sejenis kuah warna hitam...yang kuah hitam ni, aku tak penah nampak. Sayur taugeh sebagai pelengkap rasa. Oleh kerana takde lauk, aku order ayam goreng.
Mari makan dulu! Wah...memang sedap Nasi Kandar Raihan nih. Ape yang best, kuah hitam tuh. Ada rase spices...nyum2. Taugeh adalah sayur yang tak sesuai diletak dalam Nasi Kandar nih. Mayb next time ble digantikan dengan sayur kacang.
Rating = 4* (I hate the "taugeh"!!!!)

Kita tgk bajet kita ari ni:
Nasi Kandar biasa + ayam goreng = RM 6.00
100 Plus = RM 1.50
TOTAL = RM 7.50

Kalau korang nak g Nasi Kandar Raihan nih, ape kata kalau g ke alamat:
Restoran Nasi Kandar Raihan - Asli Pulau Pinang,
5, Jalan PenggawaU1/75, Batu 3,
Light Industrial Park,
40150, Shah Alam, Selangor.

2007-12-03

Asam Pedas @ The Curve

Di tengah2 walkway daripada Cineleisure Damansara ke The Curve, penuh dengan hidangan makanan barat dan Chinese Style, tapi macamana kalau ape yang anda inginkan adalah makanan tempatan? Apa kata try Asam Pedas?









Walaupun hidangan yang popular disini adalah makanan tempatan, susun letak dan perabot utuk restoran nih bercirikan konsep moden. Dan makanan utamanya adalah tentunya Asam Pedas.





Ini adalah Asam Pedas Istimewa. Menunya memang vogue. Ada Sotong, Udang, Fish Fillet dengan Bendi, Tomato dan Terung. Tapi sungguh mengecewakan apabila, hidangan tuh dalam kuantiti sedikit. Ada 3 ekor udang kecil, sotong ada laaa dalam 3-4 keping, fish fillet ada 2 keping je dan sayur2an yang tak banyak. Gambar yang aku amik ni bukan la selepas makan, tapi semasa hidangan tuh sampai. Harga RM 25.00 tuh langsung tak berbaloi ngan kuantiti hidangan yang terlalu sedikit. Kuahnya agak kurang rase. Tawar, rase masamnya tak terase.
Bintang untuk hidangan ini adalah 3 bintang.







Kami try Salad Tempatan Campuran (Assorted Local Salad). Ulam2an je rupanya. Kat tengah tuh adalah Sambal Belacan. Sambal Belacan disediakan dengan menggunakan cili besar dan juda belacan. Rase biasa2 je...tak terlalu pedas. Ulam2 yang ada ulam biasa seperti timun, tomato dan kubis.
Bintang untuk hidangan ini adalah 2 bintang.





Apepun, pembuka selera tidak mengecewakan. Bubur kacang nih sangat sedap. Rase lemak santan mencukupi. Rase sangat segar. Aku yang tak suka makan benda manis, rase sangat teruja apabila makan bubur kacang dengan rase yang begitu. Bau wangi santan juga mengamit selera.
Bintang untuk hidangan ini adalah 4 bintang.



Kami order Teh Ais Limau sebagai penghilang dahaga.

Mari tgk kos kita hari ini:
Asam Pedas Istimewa = RM 25.00 (kecil)
Assorted Local Salad = RM 2.00
Bubur kacang = RM 4.00
Teh Ais Limau = RM 10.00 (satu RM 5)
Plus 5% tax = RM 2.05
Plus 10% Service Charge = RM 4.10
Grand Total = RM 47.15
Asam Pedas @ The Curve nih dibuka 10am - 111pm (hari biasa) dan 10am - 12am (Friday dan Saturday).
Sebarang pertanyaan telefon lah di : 03 - 7843 1111